Monday, October 28, 2013

Kelas Strategi Bisnes

Adakah anda mahu memulakan bisnes atau meningkatkan bisnes sedia ada tetapi keliru hendak bermula daripada mana? Tiada masa untuk baca begitu banyak buku? Atau lambat membaca buku Bahasa Inggeris?

Ikuti Kelas Bisnes Online oleh FirdausAriff.com yang membawakan pilihan topik-topik terbaik dalam strategi bisnes. Bukan setakat itu, kandungannya diringkaskan dalam bentuk eBook dalam Bahasa Melayu. Anda akan menerima siri emel yang membawakan topik-topik berikut:
  1. Permission Marketing
  2. Lean Startup
  3. Business Model Canvas
  4. Edgecraft
Dan banyak lagi topik strategi yang akan ditambah dari semasa ke semasa.

Mengapa strategi? Mengapa tidak ditunjukkan terus langkah demi langkah untuk menjadi kaya dan berjaya?

Dalam dunia ini ada banyak cara untuk berjaya dan bukan semua jalan sesuai untuk semua orang. Ada yang boleh berlari, ada yang boleh berenang dan ada yang boleh memanjat gunung.


Ilmu strategi membolehkan usahawan mendapat gambaran lebih jelas tentang keadaan sekeliling dan seterusnya mampu membuat jalan sendiri.


Apabila sudah mempunyai strategi, usahawan tidak perlu bergantung kepada orang lain untuk menunjukkan langkah demi langkah. 


Usahwan tersebut juga tidak perlu risau sekiranya kehilangan peta perjalanan dan panduan terperinci.


Usahawan yang berstrategi mampu melangkah yakin dan mengenalpasti jalan pintas yang tidak dapat dikesan oleh orang lain. Mereka juga berani melalui jalan yang tidak dilalui oleh orang lain.


Adakah anda mahu menjadi usahawan yang berstrategi? Daftar sekarang dengan mengisi borang di bawah ini!



Firdaus Ariff merupakan co-founder RoketSMS.com dan Rumbia.my. Beliau berpengalaman menjadi strategist yang membantu para usahawan meningkatkan keuntungan dan mengenalpasti peluang baru. Ikuti blog beliau di www.firdausariff.com

No comments:

Post a Comment